March 31, 2010

Spa Q II owhh !!


Spa Q oh Spa Q....
demi mu sanggup ku bayar lagi RM 9.95 pada astro!
pandai betul astro nih cari untung tau..
tapi bukan Spa Q II je yg ditayangkan..
ade lagi movie hebat lain.

taklah boring sgt malam2...
smlm je ader movie Pisau Cukur, Senario Beach Boys, Polong, Detective Bedside (thai), Aladdin(Hindustan) ...
wahh best best....!!
jenuh pulak nak tukar2 channel.
jap 952, jap 953 .
hehe..maklumlah citer best!!

tak sabar nak tgk Fasha acting! walaupon dia dikaitkan dengan personal problem..
tp itu mslh luaran dia..janji acting dia best!!

so pasni kalau termiss Spa Q II mana2 episod pon xpe. sebab ade ulangan!
enjoys..!!!

March 30, 2010

dear bro, hepi belated birthday !

sorry my bear eh oops dear.........
terlambat satu hari...
dialah teman bergaduh,
dialah teman bergurau,
dia juga teman berkongsi rasa.

thanks for being my brother..! :-)


hepi belated 23rd birthday !



Send a Teddy Bear Note at WiddlyTinks.com

March 26, 2010

Humara Dil Aapke Paas Hai.... layannnnnnnnnnnn......



alahaiiiiii....sedap nyer citer nih...
Aishwarya & Anil...
sanggup lah dgn en hubby berjaga sampai pukul 12.30 semata2 nak abiskan citer nih.

aku suka la rancangan2 kat Zee mmg sedap2.
so far takla mengecewakan.
ade skali citer tamil tajuk "Shakti" starring Karisma Kapoor dgn Anil jugak..
sampai menangis2...
mmg best. tertunggu2 ni bila la pulak Zee nk ulang.

neway layan la salah satu lagu yg mmg mencengkam kalbu ni tajuknya Humara Dil Aapke Paas Hai

layanzzzzzzz...........

March 25, 2010

jgn jadikan sekadar suci dalam debu...


dalam banyak2 emel yang aku dapat....inilah yang paling aku suka. paling aku ingat.
diharap ianya sama-sama memberi manfaat pada kita semua.

Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya. Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’

Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’
Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi.

Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.
Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong.

Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’
Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam. ‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran.

Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’


peringatan ini untuk diri aku sendiri jugak...bacalah walaupon kita tak faham apa maksudnya...kerana ianya makanan jiwa kita...kalau badan perlukan makanan utk bekalkan tenaga, begitu jiwa perlukan ayat-ayat suci sebagai "supplement" untuk sumber kekuatannya...

Wallahua'lam....

March 24, 2010

Earth Hour kembali..!!



Kempen Earth Hour 2010


Tabung Alam Sedunia Malaysia (WWF Malaysia) menyeru seluruh rakyat Malaysia berganding bahu dalam kempen Earth Hour 2010 bagi mempamerkan sokongan mereka terhadap usaha mencegah perubahan iklim. Sebagai tanda sokongan mereka terhadap kempen itu, orang ramai digesa memadamkan semua lampu tidak perlu dari pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam pada 27 Mac ini. Perubahan iklim bukan saja mengancam kesejahteraan manusia, tetapi juga hidupan liar dan alam. Lebih enam juta rakyat Malaysia menyertai Earth Hour 2009.


1. Anda mematikan lampu pada 27 Mac 2010, 8:30 malam hingga 9.30 malam, http://ehm.my/
2. Ikrar sokongan anda terhadap Earth Hour 2010, http://ehm.my/sign-up/
3. Menambahkan Earth Hour widget, logo dan banner kepada blog, http://ehm.my/show-your-support/tools-downloads/
4. Download e-kad dan menghantarnya kepada teman atau berkongsi di rangkaian sosial, http://ehm.my/wp-content/uploads/2010/03/EH_e-card_2010.jpeg
5. Bercakap tentang Earth Hour di rangkaian sosial, http://ehm.my/show-your-support/spread-the-word/
6. Bersama-sama majikan anda dan rakan kerja untuk mengambil bahagian dalam Earth Hour
7. Membuat Jam Bumi Lantern sebagai lambang harapan untuk masa depan, http://www.earthhour.org/kids/MakeALantern.aspx

March 22, 2010

Hutan Lipur Lata Bayu



Baling...?? kat mana tu........?


itulah antara dialog yang selalu aku dengar 10 tahun lalu......
whenever aku bgtau yg aku ni asal dari Baling...mula lah ada yang buat tercengang-cengang tak tau..di mana itu Baling...
tp itu dulu........sekarang alhamdulillah... Baling sudah dikenali ramai.....
but for those yang tak tau / tak pernah dengar let me tell u serba sedikit yer....

" Baling adalah sebuah pekan kecil / daerah di negeri Kedah di utara Semenanjung Malaysia..terbahagi kepada 11 mukim iaitu Mukim Tawar, Mukim Pulai , Mukim Kupang, Mukim Teloi Kanan, Mukim Bongor dan Mukim Siong. Baling terkenal dengan air terjunnya, seperti Lata Bayu, Lata Katak, Lata Iboi, Lata Mengkuang, Lata Bukit Hijau dan banyak lagi ..., serta buah-buahan tempatannya, seperti durian,langsat dan dokong. Selain itu, baling juga terkenal dengan perkampungan asli yang terletak di Mukim Siong, dimana terletaknya kolam air panas yang dipanggil Kolam Air Panas Legong.

Nama Baling dipercayai berasal dari peristiwa seperti yang tercatat dalam Hikayat Raja Bersiong. Ada berbagai cerita tentang kemunculan nama Baling, termasuk yang dikaitkan dengan Raja Bersiong, raja ke-4 daripada keturunan Merong Maha Wangsa.

untuk cerita lebih lanjut....sila rujuk

  • http://www.kujie2.com/artikel/sejarah-baling.html
  • http://kupang.pid.net.my/section.cfm?id=22
  • http://memori-kedah.net/page_pengenalan.php?p=2&idstopic=17&idskandungan=57&id=324&mtopic=1
so untuk entry kali ni aku nak share serba sedikit mengenai salah satu tempat perkelahan yg femes kat Baling nih....fuh..musim-musim panas.....berendam air sejuk...nikmat nya.....

Enjoy the pics yea! (click on pic for a larger view)

yessss.......dah sampai..........!

pelampung di jual pintu masuk

kemudahan yang disediakan










ketua kumpulan memberi taklimat..hahahha...

makan time..!!







dah nak balik...

bye bye


Jika berkunjung ke Baling jangan lepaskan peluang ke sini yer..!!

March 19, 2010

double fiesta

bagi kawan-kawan yang rasa boring kat umah weekend nih..apa kata beramai2 kita memeriahkan aktiviti ujung minggu seperti :


PESTA BELON UDARA PANAS 2010
18 - 21 MAC 2010, PUTRAJAYA

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2010
19 - 28 MAC 2010, PWTC


jumpa anda di sana...!!

I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair


17 April?? oho...dat's my mum birthday.....

Gatsby Deodorant bakal melangsungkan ‘Street Fair’ besar-besaran pada 17 April 2010, bertempat di ruang legar Berjaya Timesquare KL. Terdapat pelbagai gerai mainan yang akan didirikan semasa ‘Street Fair’. Ada yang seringkas membaling getah hinggalah ke aksi-aksi yang melucukan dan menggeli hati seperti bergusti sumo dalam beg udara oleh para peserta. Peserta permainan ini akan memenangi mata dan anda boleh menebus mata ganjaran yang terkumpul dengan barangan menarik dari Gatsby!!

Selain itu, semua peserta yang terlibat dan mengambil bahagian dalam permainan layak untuk menyertai cabutan bertuah. Antara hadiah-hadiah yang bakal dimenangi melalui cabutan bertuah adalah barangan elekteronik, komputer,telefon bimbit dan baucar tunai berjumlah lebih dari RM 15,000!

Bagaimana cara untuk ke Street Fair ni? Bagi yang memang tinggal di KL, naik jer KL Monorail ke Stesen Imbi. Bagi yang dok Tanjong Malim contact aku, kite pegi sama-sama!.. hehehe

Untuk maklumat lanjut mengenai street fair ini anda boleh layari http://www.gatsby.com.my/streetfair/


location time square KL


Terima kasih Gatsby & Nuffnang!

March 17, 2010

Konvokesyen UPSI ke – 12




bagi sesiapa yang mempunyai kenalan, saudara atau sesiapa sahaja yang sedang berkonvo di UPSI semalam dan hari ni, bolehlah melayari USTREAM untuk tontonan live....

tahniah untuk mereka yang telah berjaya menamatkan pengajian..!

semoga kalian menjadi guru-guru yang cemerlang di sekolah masing-masing.




March 03, 2010

romantika d' Langkawi

Dataran Helang

26 Feb 2010

Pagi-pagi lagi selepas subuh, kami bergerak menuju ke Kuala Kedah...
odw ke sana singgah sekejap di R&R Gurun, beli breakfast, just beli roti ngan air kotak. sebab ramai sgt manusia kat situ, walaupon pada masa tu baru kul 8++ pagi...dah agak...nih mesti ramai yang nak ke Langkawi..

then kul 9++ pagi sampai di Kuala Kedah...mak aiiii panjangnya Q...camana nak buat nih...ada kot lagi 30-40 org nak smp turn aku...apa lagi kepala ligat mencari "mangsa". usha punya usha..nampak la sorg sweet lady tgh Q, lg 4-5 org je turn dia. kecik, comel sgt. tgh preggy ada kot 3-4 bulan. sorg2 lak tu. "hemm..sesuai kot ni mintak tolong." "Adik...akak nak mintak tulong beli tiket utk 2 org boleh?" hehehe....adik tu ckp "boleh". fuhhh..lega...! borak punya borak...rupanya student UPSI..tgh prac kat Alor Setar..nk g langkawi sebab nk jumpa huby dia yg posting kat sana...wat a small world lah.thanks ye adik...aku lupa nk tny nama dia pulak!! ish ish...xpatut betul lah.tp nasib sempat ucap thanks.
tiket kul 9,10 sume dah abis..yang ada cuma kul 11.30pagi...huhuhu..lambat lagi....2 jam lagi..!penat je aku smp awal..

di ruang menuggu Jeti Kuala Kedah

seperti dijadualkan, feri pon smp...perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit utk smp ke langkawi. smp je kat jeti...bau laut tu cukup mengimbau kenangan aku masa matriks 9@10 tahun yg lalu...rindu sgt...

dalam feri Ekspress Bahagia 18

smp je kat jeti Pulau Langkawi...kami terus ke kaunter TS9, untuk amik kereta sewa. kerja jadi mudah sebab kami dah berurusan dgn agen di jeti kuala kedah utk sewa kereta.so kami dapat iswara auto dgn kos RM70.selesai berurusan kereta, kami terus proceed ke motel yg telah dibook 2 hari sebelum ke sana. niat di hati nak stay tepi laut, kat pantai cenang ke.tp kebanyakan hotel penuh area situ sebab event ironman tgh berlangsung skg nih.frust lah jugak.so search punya search, dapatla satu motel nih.khabarnya motel baru. dekat2 dengan pekan kuah. owner pon mcm ok.Kak Nah namanya.kami stay kat D'Lalang Motel Langkawi.murah je.RM70 semalam.bilik selesa, bersih, katil besar, lengkap dgn aircond, tv, water heater, almari, bantal&tilam extra,toilet pon bersih. cukuplah. sape nk pegi leh contact Kak Nah 019-4171120. kereta sewa pon dia ada. kami pon nk balik tido je..setelah amik kunci, kami pon simpan beg, then rehat2 kejap,mandi & jama' Zohor & Asar siap2..dalam pukul 2.30ptg kami pon gerak. lapar seyy...dr pagi makan roti je..sekarang dah tak susah cari kedai makan @ restoran kat langkawi. compare dengan 9-10 thn lepas...skrg ni selang 2-3 km je ada kedai. so kami pon singgah depan kondo istana utk lunch.banyak lauk pauk kat situ. sedap dan murah lak tu.

D' lalang Motel (Kak Nah 019-4171120)

keadaan bilik yang bersih & selesa

lepas lunch..kene cari kedai minyak dulu...mak oiii..mmg dorg nih sengaja rosakkan meter minyak.risau kita dibuatnya.sebab xtau minyak ni ade lagi ke tak. so cari punya cari..dekat dgn balai polis kuah, ada petronas, so kiteorg masukkan RM20. dari pengalaman, rsnya cukup untuk 2 hari nih. lagipon langkawi ni bukan besar sgt pon.so kami teruskan perjalanan dgn berbekalkan peta yg aku print kat internet.so 1st destination..kami lalu kedawang, so place of interest yg pertama ialah Makam Mahsuri..ish ish..banyak betul beza...skrg dah ada pintu gerbang..ada pagar batu...dulu2 ms aku datang xde semua tu...tp yg lain2 still remain..umah pandak mayah, jelapang, telaga dll.tiket RM5 per person.aku pon dah xigt dulu2 punya price bape.tah2 free?
main entrance Makam Mahsuri

kemudian, kami gerak ke Oriental Village(Cable Car). tiket kami dah beli siap2 kat agen sewa kereta di jeti Kuah. harga pon diskaun seringgit compare kalau beli di kaunter kat cable car. so jadi RM14 per person.ramai nya manusia tgh Q tgu turn...tp Q pon Q lah. nak naik jugak. lam 5-6 tahun lepas aku dah naik...tp masa tu lom kawin..g pulak dgn kwn2..mmbr2 CS110 uitm arau..hehe...skg nih..nak la naik ngan hubby...tah kenapa aku jadi gayat..5-6 thn lps tu ok je. berani.skg nih jadi gayat.takut. naik 1st stage je. pastu aku dah nak turun...aduiii...leceh betul..nasibla hubby dah penah naik b4 dis.kalu x kesian dia.huhu..

eee..geli.....rusa ni jinak sgt..

dulu2 xde animal farm...skg dah ade..kat situ ada rusa & arnab yang sgt jinak...kita beli makanan dorg RM1...then kita leh feed sendiri...berebut rusa tuh dtg sbb dorg dah bau makanan..aku dah terjerit2 sbb takut...tp dorg bukan ganas...cuma manja...aku cuma geli bila tapak tangan rusa jilat utuk amik makanan.hihi....arnab pon manja...siap leh dukung, cuma aku xdukung sebab geli + xpandai nak dukung camne.

pastu...dah petang ckit..lam kul 5++, kami patah balik utk ke Pantai Pasir Hitam. hubby aku nak sgt tgk pasir tu. yg terjadi kat langkawi je.katanya di negara luar ada pantai tu semua pasirnya hitam atau kebanyakan tempat semua pasirnya putih. tp, di langkawi je pasir hitam & putih tu becampur.tu yg dia excited sgt nk tgk & sentuh sendiri pasir tu.odw tu kami lalu di pantai Kok, yang mana antara pantai tercantik di langkawi. kat situ ada ramai org berhenti menikmati makanan kat tepi2 pantai tuh. bila dah ramai mungkin sedap. ataupon ramai mungkin sebab dah xde tempat lain.xpelah. we just try.aku order mee rebus dan huby order pasembur. makk oii..sedap nya mee rebus nih...!! padanla ramai org.mmg org ramai sebab sedaplah.sape2 yang lalu area sini..u better drop by.tak rugi. even sirap dia pon sedap.sirap kampung. wangi je.manis nye tu lain.harga standard. pasembor & mee rebus RM3.50 sepinggan.sirap RM1.00 segelas.

keindahan pantai Kok

pasembor
mee rebus yang sgt2 sedap...

dah kenyang..kami meneruskan perjalanan ke Pantai Pasir Hitam...perjalanan rsnya dalam 20km dari pantai kok nak smp ke sana...cantik kawasan pantai..bersih...ada tempat untuk duduk...berkelah..cantik.angin segar...nyaman betul....best...!huby pon beriya2 siap ambik pasir bubuh lam botol mineral, bawak balik. bahan bukti katanya.hehe.mmg benarlah. mmg ada pasir hitam berselang seli dgn pasir putih seperti yg diperkatakan.

black sand

Black Sand Beach
hari sudah beransur malam...kami meneruskan perjalanan ke pantai cenang...teruja tengok dalam Na O Mei...hehe..odw tuh terjumpa pulak pasar malam...kami singgah dulu...tgk2...mana tau ada makanan@produk tempatan yg pelik ke..tp biasa2 ja lah..cuma kat sini jugak ada pulut ayam..which is aku mmg wajib beli kalau berkunjung ke Bukit Kayu Hitam...emm...sukanya..so jalan2...kami just beli dorayaki kaya je untuk alas perut b4 dinner...

smp di pantai Cenang dah pukul 8++ malam...suasana kat sini sgt happening...meriah dgn gerai jualan...berselang seli dengan gerai makanan...seafood bakar...pengujung ramai sungguh di malam hari rupanya...di tambah pulak dengan pembangunan yg pesat kat pantai cenang...kalu dulu2..10 thn lepas..dari jalan raya dah nampak pantai...sekarang xde dah...dah naik hotel, motel..kalau nk tgk pantai kene pegi belakang bangunan lah. yang paling menarik perhatian aku ngan hubby "The Cabin Resort". unik betul. aku xpandai nak describe kat sini. tp pada aku unik. dari luar kita nampak mcm kotak2..yela dah cabin kan...tp landscape tu unik..tp nampak best la..! sape2 yang nak jalan2 area pantai cenang kene spare tenaga banyak lah. and kaki mau kuat...mmg letih nk bejalan...sebab deretan kedai tu mmg panjang...tp kalau boleh tour abes tu mmg puas ati la...aku ngan hubby sepruh jalan je lepas...dah larat dah..surrender...dari siang bejalan...huhu..lotih eden. dah puas bejalan, kami pon balik tp sblm tu singgah restoran ape tah kat pekan kuah tu utk dinner. punyalah ramai manusia kat langkawi nih malam2...sbb hampir kesemua kedai makan yang ada full aje! kul 11++ baru kami smp motel..dan keletihan yang amat sgt...



27 Feb 2010

besday hubby ku..semoga trip ni menjadi kenangan utk abang...bercuti on ur birthday date..Semoga abang dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan bahagia di dunia & akhirat. syg syg abg..! mmuah..

Happy Besday abang..

so pagi2...kul 9++ kami keluar menuju ke jeti untuk beli tiket feri ke kuala kedah..jalan sedikit jem. sebab peserta iron man memulakan kayuhan basikal pada pg tu...lepas tu..acara kami hari ni cuma besiar2 di sekitar pekan kuah shj...kami park kereta kat depan CIMB bank...then kami tour seluruh pekan dengan jalan kaki je...so simple.xyah pk psl parking dah.so acara shopping mestilah menarik..tp kami just beli coklat untuk kawan2 dan famili. then ade la sikit towel and jug comel utk mama Baling & mama Kelantan..t-shirt utk cousins kami yg still baby...ade lg few things lah..tp x banyak pon...lps tu kami lunch di restoran sinaran dlm pekan kuah tu...then 12.30 return kereta pada agen....sebab kul 1.30pm genap 24 jam kami menyewa. so kami decide pulang kan awal sebab nk g spend time kat dataran helang yang mana tempat iron man berlangsung jugak..setelah puas bergambar...kami bertolak balik dengan feri pukul 2.30 petang...aku cuma terkilan sbb xsempat nk g island hopping..even aku dah pegi dulu,tp xtvt ni sgtlah menarik,buat byk kali pon xboring. island hopping memerlukan 3 jam straight..maybe next time lah. tp walau apepon...trip kali ni tetap best..best..and best..! hope to be there again next time..!!


click for $$$$

Daisypath Anniversary tickers
Designed by UMIESUEstudio 2014