December 29, 2011

2011 yang ku tinggalkan...

2011 kian menginjak pergi... ketika entry ini dibuat ada lagi 2 hari untuk menerjah tahun baru 2012... sekejap sangat rasanya 2011 berlalu... walaupon sekejap bermacam suka duka telah dilalui sepanjang tahun....

Januari 2011 :

  • majlis perkahwinan adik perempuan ku 


Februari 2011:
  • jalan-jalan ke Sabah (boleh baca entry di sini --> day 1, day 2, day 3 dan day 4)
  • surprise birthday hubby kat KK!


Mac 2011: 

  • prepare masuk rumah baru

April 2011:

  • join saham Bank Rakyat
  • prepare masuk rumah baru

Mei 2011: 

  • sambut wedding annivesary di Hotel CITITEL Penang.. (sedih gambar rosak!)

Jun 2011:
  • Jalan-jalan Port Dickson (menginap di Selesa Beach Resot, best! entry --> )

Julai 2011: 

  • Tok Silah kembali ke rahmatullah (ibunda abahku) 



Ogos 2011:
  • bonus.... wink! wink!

September 2011:

  • dapat kunci rumah baru !


Oktober 2011:
  • konvokesyen adik bujang ku
  • konvokesyen hubby
  • family day jabatan hubby
  • masuk rumah sendiri.. weeheee!
  • kelahiran my nephew.. Qaid the baby :-)
konvokesyen adik bujang ku

konvokesyen mr huby tecinta

family day mr hubby di TM Resort PD

majlis doa selamat memasuki rumah baru ku..

28 Oktober, kelahiran si jantung hati... Qaid Faeth Wafiq bin Hazroll Eizwal !


November 2011: 

  • Hari raya haji

Disember 2011:
  • jalan-jalan Kuantan
  • jalan-jalan JB
  • jalan-jalan Cameron Highland
  • bonus.. wink..wink!
* catatan ini dibuat untuk rujukan ku jua di masa-masa akan datang.... insyaAllah..


December 27, 2011

cuti-cuti lagi (krismas)

Syukur alhamdulillah... akhirnya mr hubby dapat berpindah ke tempat yang lebih dekat dgn ku. walaupon mungkin tak dpt hari-hari jumpa but at least, tak perlu lah tiap2 minggu dia terpaksa naik train dan bas utk ke jb. syukur. harap2 warga kerja di Ipoh dapat menerima suamiku seadanya dan dapat bekerjasama dlm kerja seharian. semoga kawan2 beliau dia di sana sama baiknya seperti kawan2 di Muar & JB. insyaAllah.

so bermula khamis lalu, aku ke JB untuk mengambil barang2 mr hubby, aku bawa bersama mama, abah dan adik lelaki ku Arif untuk sama2 bercuti. alang2 mama dan abah bercuti panjang...

Cuaca di JB tidak begitu baik ketika kami di sana... hujan sepanjang hari... 2-3 hari sebelum aku dah book Hotel Grand Bluewave. Ada byk hotel di jb, tp entah kenapa hatiku tertarik untuk menginap di HGB. rupa-rupanya tak sia-sia menginap di sini... sangat selesa. toilet bersih, paip pon disediakan. siap ada ruang tamu dan dapur. tv siap ada 2 lagi. lam bilik 1, ruang tamu 1. hemmm... dan harga nya?? RM260++.. tp sbb aku ni gov servant, so dapat la RM230 je... murah kan?? breakfast variety dan sedap. aku rekemen sangat2 la sapa2 yg nak stay sini...

acara wajib : berfoto dulu...! napa nyorok2 tu.. cover lah teww...!


mama & abah kesayangan ku... ( serius kan wajah abah i, maklumla bekas askar kata kan..!)


candy castle

christmas tree...

sempat lagi melawat toilet.. bersih...!!

tengoklah perangai senonohs adik i, sampai2 je gedeboom titon.











i tak ingat restoran ni nama apa, tapi nasi ayam penyet terbaik lah yg i penah makan...mmg sedap sgt.


kiteorg lunch kul 4 ptg. mana tak lapar nya....


malam hari : berjalan-jalan di sekitar danga bay.. mujur tak hujan...


cruise sedang berlabuh


setelah sekembalinya ke kl, kami stay semalam kat rumah adik aku kat putrajaya...
pastu si adik bujang i ni nak belanja tutti fruti...
so mlm nya, kami belasah tutti fruti pulak....
tq bro.

2 cups cost RM48


feveret abah. aiskrim


lps pekena aiskrim, kami mengadap nasik arab pulak...!
sedap juga nasik deme ni...


abis licin - tq bro.. dia jugak yg nak belanja... hikhik.. maklumlah gaji dia lagi masyuk dari kakak-kakaknya...semoga murah rezeki ye!

lepas je belasah nasik arab tuh, kami semua balik ke TM...


esok bgn je pagi2 mama kata tingin nak g picnic...
kami pon masak2 terus je sg. bill...


abah dgn mr hubby g mandi, tp aku, mama dan adik bujang ku tak mandi.. just relek2 baca paper...



maaaalam pulak.. abah pulak nak makan pulut doyan +santan. perghhh sedap gile ah.. lama dah tak makan camtu....puas ati lah dapat mkn malam tu. tq mama.



then, tamat lah percutian selama 5 hari bersama mr hubby, abah, mama dan adik bujang ku.. suasana pasti lebih meriah kalau adik pompuan, huby beliau & Qaid the baby dapat join skali.... maybe next time lah.

December 10, 2011

1 day trip ke Cameron Highland

Sabtu bebaru ni aku n hubby bercuti ke Cameron Highland. Aku pon dah tak igt trip ni yang dah ke berapa kami ke sini. Even honeymoon dulu pon kat sini jugak. hehe.. Pada aku CH ni best, tak boring, tempat nya sejuk, sayur nya segar, bunga nya murah. jagung mutiara nya sedap bangat..! Tapi pembangunan sikit demi sikit dah menghakis keindahan serta kehijauan bumi di CH ni. Wat to do, pelancong makin ramai, hotel/motel terpaksa dibangunkan utk menampung pelancong yg kian meningkat. there's no other way, melainkan "menarah" bukit-bukit yang ada.... :-( sedih.

perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit dari tanjung malim... dgn kos tol RM18 pergi dan balik, serta minyak dalam RM30 pergi dan balik. Kami bertolak dari TM jam 9 pagi dan bertolak balik jam 4 petang..

enjoice our pic..!
lokasi pertama : bee farm

sangat geli tengok sarang lebah ni...dah angkat 2 botol madu lebah k

kredit to huby 4 this pic.

cantik bunga purple kat blkg ni. lupa pulak nama ape

aiyo... menu lunch. pinggan sape nih? hikhik. biarlah rahsia.

bershopping sayur di Kea Farm


pekena steamboat sebelum balik... RM23/pax.
mmg tak abis makan. tomyam nye pon not bad.



see..! mmg tak abis kalau 2 org je makan..

-n- :-)

December 01, 2011

i'm in love with PASTA ..!


dah lama tak layan drama korea.. last skali masa zaman kegemilangan Autumn in My Heart & Winter Sonata... pastu dah tak nak layan sbb komitmen terlalu tinggi harus diberikan kalau nak layan citer korea yang berbelas2 episod..

tapi bebaru ni rasa macam rancangan kat TV dah tak best. asterok tuh asyik ulang crita yang sama beratus kali. aku rasa ni mmg strategi dorg nk kita langgan channel2 lain mcm warna, pelangi dsb. haihhh! boleh migrain aku macam nih. so atas sebab2 gini lah tetiba jer jd cam teringin nak layan drama korea balik...

thanks to monot sebab bagi koleksi drama yang dia ada... tapi baru sempat tgk citer PASTA..! wow.. bezznyer... elemen cinta tu wajib lah kan... tp sebenarnya citer ni membuka minda jugak... dorg reveal life seorang chef .. real story sebuah western restaurant... menu bukan sekadar menu. masakan tu sendiri ada seninya... skill2 soerang tukang masak, bukan calang2 ropenye... nak goreng spagetti bukan goreng gitu je. nak hayun2 pan tu pon ada seninya... baru aku tau dalam sebuah dapur tu chef tu lah ketua, aku igt chef ni tukang masak. chef is chef. cook is cook. chef lg tinggi pangkat dari cook. chef tu instructor di dapur yang mengarahkan cook mana yang akan masak ape, dan harus ada seorang makneh (kitchen assistant) yang menjadi balaci pembantu. ic.... mungkin korang sume dah tau.. tp aku je yang sengal tak penah amik tau selama ni.. hehe...

yang penting skali bawaan watak sebagai seorang chef tu yang memikat hati aku... dah la hensem.. kerek lak tu.. cook2 yang ditampilkan dalam citer ni pon leh tahan.. yerla nak tarik peminat kan... watak ex-makneh yang tebal muka nak mampus yang akhirnya menjadi cook pon menarik. biasa lah kan last2 2 org tu lah yang becinta... ape pon.. aku rs sebuah drama yang tak rugi untuk ditonton....tgk tau jgn tak tengok. best giler! (dari mata & hati aku lah)


click for $$$$

Daisypath Anniversary tickers
Designed by UMIESUEstudio 2014