December 27, 2011

cuti-cuti lagi (krismas)

Syukur alhamdulillah... akhirnya mr hubby dapat berpindah ke tempat yang lebih dekat dgn ku. walaupon mungkin tak dpt hari-hari jumpa but at least, tak perlu lah tiap2 minggu dia terpaksa naik train dan bas utk ke jb. syukur. harap2 warga kerja di Ipoh dapat menerima suamiku seadanya dan dapat bekerjasama dlm kerja seharian. semoga kawan2 beliau dia di sana sama baiknya seperti kawan2 di Muar & JB. insyaAllah.

so bermula khamis lalu, aku ke JB untuk mengambil barang2 mr hubby, aku bawa bersama mama, abah dan adik lelaki ku Arif untuk sama2 bercuti. alang2 mama dan abah bercuti panjang...

Cuaca di JB tidak begitu baik ketika kami di sana... hujan sepanjang hari... 2-3 hari sebelum aku dah book Hotel Grand Bluewave. Ada byk hotel di jb, tp entah kenapa hatiku tertarik untuk menginap di HGB. rupa-rupanya tak sia-sia menginap di sini... sangat selesa. toilet bersih, paip pon disediakan. siap ada ruang tamu dan dapur. tv siap ada 2 lagi. lam bilik 1, ruang tamu 1. hemmm... dan harga nya?? RM260++.. tp sbb aku ni gov servant, so dapat la RM230 je... murah kan?? breakfast variety dan sedap. aku rekemen sangat2 la sapa2 yg nak stay sini...

acara wajib : berfoto dulu...! napa nyorok2 tu.. cover lah teww...!


mama & abah kesayangan ku... ( serius kan wajah abah i, maklumla bekas askar kata kan..!)


candy castle

christmas tree...

sempat lagi melawat toilet.. bersih...!!

tengoklah perangai senonohs adik i, sampai2 je gedeboom titon.











i tak ingat restoran ni nama apa, tapi nasi ayam penyet terbaik lah yg i penah makan...mmg sedap sgt.


kiteorg lunch kul 4 ptg. mana tak lapar nya....


malam hari : berjalan-jalan di sekitar danga bay.. mujur tak hujan...


cruise sedang berlabuh


setelah sekembalinya ke kl, kami stay semalam kat rumah adik aku kat putrajaya...
pastu si adik bujang i ni nak belanja tutti fruti...
so mlm nya, kami belasah tutti fruti pulak....
tq bro.

2 cups cost RM48


feveret abah. aiskrim


lps pekena aiskrim, kami mengadap nasik arab pulak...!
sedap juga nasik deme ni...


abis licin - tq bro.. dia jugak yg nak belanja... hikhik.. maklumlah gaji dia lagi masyuk dari kakak-kakaknya...semoga murah rezeki ye!

lepas je belasah nasik arab tuh, kami semua balik ke TM...


esok bgn je pagi2 mama kata tingin nak g picnic...
kami pon masak2 terus je sg. bill...


abah dgn mr hubby g mandi, tp aku, mama dan adik bujang ku tak mandi.. just relek2 baca paper...



maaaalam pulak.. abah pulak nak makan pulut doyan +santan. perghhh sedap gile ah.. lama dah tak makan camtu....puas ati lah dapat mkn malam tu. tq mama.



then, tamat lah percutian selama 5 hari bersama mr hubby, abah, mama dan adik bujang ku.. suasana pasti lebih meriah kalau adik pompuan, huby beliau & Qaid the baby dapat join skali.... maybe next time lah.

1 comment:

Atia Adina said...

sedapnya pulut durian tu....rasa macam nak makan sekarang jugak

click for $$$$

Daisypath Anniversary tickers
Designed by UMIESUEstudio 2014