January 25, 2012

ohho... "orang kuat" lah..!

       pengalaman kali ni memang best. entah kenapa pada pagi2 buta pd hari CNY sebelum bertolak balik ke hometown ku Baling, dalam hati ni berkata-kata... teringin nak tgk gajah... pastu dengan gatal mulut tanya pada mr hubby, "pagi-pagi camni selalunya gajah keluar cari breakfast kan?" "ye" mr.hubby balas. aku pon oklah, perbualan stop kat situ pasal gajah. pastu kami pon meneruskan perjalanan... dalam pukul 8pg lebih mcm tu di jalan bengkang-bengkong antara Jeli - Titiwangsa.. keta kami leading... ada sebuah je iswara hijau folo kat belakang...

       tiba-tiba, " eh abang! gajah la..stop..stop..benti keta abang. aku dah panik. kita tgk mana dia nk pegi. bila kami stop, dengan konfidennya iswara belakang tu take over kiteorg. so lega la sikit ada org lain lead. "kita takyah reverse lagi, kot2 dia nak masuk lam hutan. eh tapi nampak dia makin mara ke depan.laju pulak bejalan. jgn mengamuk dah gajah ni. iswara td reverse.. kami pon reverse... tgk2 dah byk keta kat blkg... lam 5-6 buah. semua reverse.....

          bila gajah tu dah dekat sgt... kami dah cuak gile, last aku suruh hubby u-turn lah. tanak la ambik risiko... kang ape2 tak sempat pulak nak lari... rupanya dia mencari jalan balik... bila gajah tu dah masuk balik dalam hutan, kami tgk ada lorong mmg laluan gajah keluar masuk dekat2 situ... fuuuhh..nasib sekor je keluar, kalau satu team, lagi la gelabah. nasib aku dlm panik sempat jugak record tp pakai hp je lah..terketar2... boleh jugak buat kenangan...



comel kan dia belenggang lenggok

gelabah... u-turn..!

dah dekat kan gajah tu? huh! 

No comments:

click for $$$$

Daisypath Anniversary tickers
Designed by UMIESUEstudio 2014