June 05, 2012
resepi lasagna
Bahan-bahan
500 g daging cincang
1 kotak kepingan lasagna
2 s/b sos cili
Mozzarella cheese (anggaran 120g)
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Cara-cara memasak sos daging
tumis bawang besar dan bawang putih yang dicincang halus sehingga naik bau.
masukkan daging cincang dan kacau rata sehingga masak.
masukkan sos prego dan sos cili. Kacau rata.
masukkan garam dan gula secukup rasa.
Tunggu sehingga mendidih kemudian padamkan api.
Cara-cara memasak sos putih
masukkan butter, tunggu hingga cair
masukkan 2 s/b tepung gandum, kacau hingga sebati
masukkan 2 cawan susu krim
masukkan 2 keping keju cheesedale
kacau semuanya hingga mendidih
Sediakan dulang casserole dan sapu mentega pada permukaan dulang.
Susun kepingan lasagna sehingga menutupi permukaan dulang.
Letak 1 lapisan nipis daging kisar di atas kepingan lasagna dan tutup seluruh permukaan dengan sos putih.
Letak kepingan lasagna yang lain.
Ulang langkah sehingga membentuk beberapa lapisan. Boleh juga kalau nak letak mozzarella cheese di atas lapisan sos putih.
Pastikan lapisan paling atas ialah daging cincang tersebut. Kemudian letak satu lapisan mozzarella cheese.
Akhir sekali, bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celsius selama 30-40 minit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment