June 26, 2013

pulut kuning dan kari ayam

dek teringin sangat nak makan pulut kuning...
aku gagahkan jugak belajar buat walaupon dengan penuh kepayahan....
huhuu...



resepi pulut kuning

bahan-bahan :
1.5 kg beras pulut
RM 2 santan (2 cawan)
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar garam

cara buat :
  • didihkan air
  • apabila air telah mendidih kukus beras pulut selama 30 minit
  • setelah 30 minit, pindah pulut ke dalam besen besar dan masukkan santan sedikit demi sedikit dan ratakan santan dan sebatikan dengan pulut
  • kukus semula selama 30 minit
  • tutup api
  • boleh dihidangkan panas-panas




Resepi kari ayam

bahan-bahan I :
1 ekor ayam
RM2 santan (2cawan)
2 bungkus serbuk kari daging/ayam
1 set herba 4 sekawan (lawang, cengkih, kayu manis, buah keras)
4 sudu besar minyak masak
1 biji tomato
1 cili merah
1 cili hijau 

bahan-bahan kisar :
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia

cara membuatnya :

tumiskan bahan kisar
masukkan herba 4 sekawan
masukkan serbuk kari
tunggu hingga pecah minyak
masukkan ayam hingga ayam kecut
masukkan santan
apabila didih masukkan tomato, cili merah dan hijau



puas hati dapat makan ketika berbuka puasa..alhamdulillah.....


bawak bekal untuk kawan-kawan di opis...







No comments:

click for $$$$

Daisypath Anniversary tickers
Designed by UMIESUEstudio 2014