July 30, 2013

resepi puteri mandi @ badak berendam


Bahan-bahan :

2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung beras
Pewarna 
Sedikit air 

Bahan kuah:
1/2 cawan gula
2 s/b gula merah
1/2 cawan air
1 cawan santan
2 helai daun pandan
Garam

Cara-cara:
Tepung pulut dicampur dengan tepung beras. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga tepung tak melekat di tangan dan bekas. 

masukkan pewarna 

Sementara itu, didihkan setengah periuk air.

Bila dah siap menjadi doh, ambil sedikit adunan tadi dan gentel bulat bulat sebesar ibu jari.
Masukkan ke dalam air mendidih. Adunan akan timbul bila dah masak. Angkat guna penapis teh dan masukkan ke dalam semangkuk air sejuk untuk mengelakkan ianya melekat.

Untuk kuah, masakkan air, gula, gula merah, garam dan daun pandan sehingga gula larut. 

Masukkan puteri ke dalam kuah dan kacau rata.









apabila telah masak, doh akan timbul 

lalukan di bawah air utk mengelakkan melekat



Untuk kuah, masakkan air, gula, gula merah, garam dan daun pandan sehingga gula larut. 




siap...!


July 22, 2013

resepi ketupat sotong versi kelantan


petang semalam en huby tiba2 mintak buatkan ketupat sotong...
alamak....aku dah la tak penah makan...even tgk live pon tak penah....
takpelah zaman skrg senang je, google jek!

aku trylah odek resepi....dan cuba buat....
tapi spoil sikit sebab aku pandai2 campak pulut yang lebih baki sumbat lam sotong tu ke dalam kuah....
so kuah kering lah sbb pulut tu kembang.....
rasa dah ok , dah sedap kata nya. 
haha kembang sekejap !

here step by step :

1. cuci bersih2 sotong
2. rendam 1/2 cawan pulut dengan 1/2 cawan santan dan secubit garam (selama 30 minit)
3. sumbat pulut yang direndam td ke dlm 2/3 badan sotong
4. susun daun pandan ke dalam periuk
5. atur sotong ke atas daun pandan
6. curahkan santan sehingga menutupi sotong2 tadi....
7. masukkan 2 sudu besar gula merah
8. 1/2 sudu kecil garam
9. tutup periuk hingga sotong2 masak...

siap..!

July 18, 2013

shake and take - smoothie blender

jeng jeng...barang yang diorder telah tiba...
i order it from here... 
|
|
|
|






i bought 2.. 1 form me.. and 1 for mama..!



test buat air carrot susu

masukkan secawan susu low fat

this time i dont put ice, sbb masih berpantang ice....

taraaaaa.... siap...! boleh angkat dan terus minum....






July 16, 2013

resepi puding roti

bahan-bahan
sebuku roti ( i guna gardenia)
1 cawan susu segar/ low fat
butter
1 cawan susu cair *
1 sudu gula *
vanilla esen *
2 biji telur *

cara membuatnya :
- potong roti menjadi bahagian kecil2
- sapukan butter pada roti2 tersebut
- masukkan 1 cawan susu segar/ low fat ke atas potongan roti
- adunkan semua yang bertanda * dan curahkan ke atas potongan roti tadi
- tekan2 roti biarkan semua terendam dan meresap ( i rendam 30 minit)
- bakar dalam oven 30 minit, 180 darjah (kalau tak masak, pandai2 la tambah masa)

cara membuat sos kastad:
a. masukkan 2 cawan susu cair ke dalam periuk
b. masukkan 1 cawan air ke dalam periuk
c. masukkan 1 sudu besar tepung kastad
d. 3 sudu besar gula
e. secubit garam
5. kacau sehingga kuah likat dan berkilat

sapukan butter pada roti

rendam roti selama 30 minit

bakar selama 30 minit dalam suhu 180 darjah (kalau tak masak lagi pandai2 la adjust)

taraaaa...! dah siap



July 04, 2013

resepi sayur bayam dan sotong bakar


1. tumiskan udang kering hingga garing 

 2. masukkan bawang putih dan bawang merah tumis hingga layu

3. masukkan garam, lada hitam dan mix herbs (jika ada)

4. masukkan telur

 5. masukkan air reneh hingga mendidih

6. masukkan sayur bayam, cendawan dan hirisan cili utk rasa sedikit pedas dan juga hiasan

 7. reneh sehingga sayuran masak ... jangan biar ampai layu sangat, nanti tak sedap... done !


=================================================================



1. cuci sotong bersih-bersih..... 

2. perapkan sotong dengan serbuk kunyit, garam, cili kisar, sos tiram, kicap, herba rosemary dan lada hitam


 3. panaskan kuali dan letak sedikit minyak zaitun


 4. susunkan ke dalam pemanggang ajaib


 5. tutup dan biar selama 10 minit je.


taraaaaaa..!!

July 01, 2013

lamb chop & beef chop with macaroni and fresh salad & carrot

pehhh...curlazzz.. menu mak in english title....
kihkih...
still in mode pemanggang ajaib....
semalam pegi shopping dgn my sister kat alamanda..
before balik tu... singgah jap kat care4...
mmg dah pasang niat nak masak spesel utk my lovely hubby....

mmg cari yang dah siap marinate...
senang balik terus bakar je...

so amik beef seketul, lamb seketul...
aku tak makan lamb... tp my hubby mmg feveret dia lamb...

dan tak sia-sia jugak plan something spesel utk my hubby...
sebabbb.... dia pon ada something spesel untuk i....!!

taraaaa...........!



alhamdulillah..... thanks abang for the lovely present...!!





panaskan sedikit minyak dan butter dalam pemanggang ajaib....


marinated lamb - seketul RM 8.00++

marinated beef - RM8.00 ++

tutup dan biarkan selama 20 minit...

taraaaaa...after 20 minutes..... sedap sgt dorang marinate... cuma terlebih masin sikit je....



sedap di makan bersama fresh salad dan carrot


 ok dinner spesel siap...!!!

click for $$$$

Daisypath Anniversary tickers
Designed by UMIESUEstudio 2014