June 18, 2014

Cucur Udang



semalam puasa tak tau nak makan ape untuk berbuka. tiba2 teringat pulak cucur udang yang dah lama tak makan. so balik keje terus singgah kedai runcit untk beli taugeh, udang dan kucai. Lain2 barang sume dah ada kat rumah. balik tu lps mandi n solat asar terus je mula buat. kene siap b4 kul 7 sbb kul nak ngadap #KTAR. ahakssss..... 


Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
3 cawan air sejuk
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar gula
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 ikat kucai dibersihkan dan dipotong
1 mangkuk kecil taugeh
1 mangkuk kecil udang basah

Cara masak :
1. Ambil 4 sudu besar penuh tepung gandum (dari sukatan 3 cawan tepung tadi) dan campurkan dengan air sejuk sehingga menjadi pekat dan sedikit bergentel.
2. Ambil baki tepung gandum dan campurkan bersama bancuhan tadi. Masukkan air  lagi dan semua bahan-bahan. Gaul sebati dan biarkan selama setengah jam.
3. Panaskan minyak, jemput bancuhan tepung menggunakan tangan. Goreng hingga kuning keemasan. Sedia dihidang.

No comments:

click for $$$$

Daisypath Anniversary tickers
Designed by UMIESUEstudio 2014