November 10, 2014

step-by-step memasak kari daging simple

aidil adha dah sebulan berlalu.. 
daging korban yg mil bagi belom pon masak..

so di suatu petang yang hening tetiba terasa nak makan kari daging yang dimatchkan dengan pulut kuning. 
bahan mentah semua dah ada dalam peti ais... 
so balik rehat 2 jam hari jumaat tu sempat la memasak. 
mr hubby balik malam tu dah boleh makan. 
dah siap 1 lauk. 

okeh jom masak !


1. tumiskan rempah 4 sekawan dengan 10 helai daun kari. 

2. masukkan bahan kisar (3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih dan seinci halia) goreng sehingga naik wangi..

3. masukkan pula sebiji bawang merah yang di mayang kasar.. goreng sehingga bawang layu

4. masukkan sebungkus serbuk kari daging. aku guna baba's. masukkan sedikit air.kacau rata.

5. masak sehingga pecah minyak...

6. masukkan daging..... kacau rata...

7. biarkan daging sebati dengan serbuk kari... biar lama sehingga kecut daging tersebut... jika kering tambahkan air 2-3 kali, ianya untuk melembutkan daging sebelum memasukkan santan.

8. apabila daging sudah lembut.. masukkan 1/2 cawan air asam jawa dan secawan santan serta 2-3 cawan air, terpulang kepada kepekatan yang diingini. 

9. apabila sudah mendidih, masukkan ubi kentang dan masak sehingga ubi lembut...perasakan garam dan gula. aku lebih suka rebus kentang asing then masukkan ke dalam kari yg mendidih... ini untuk mendapatkan ubi yg betul2 lembut....

ok, siap !  ;-)

match dengan pulut kuning... yummeh !! 

No comments:

click for $$$$

Daisypath Anniversary tickers
Designed by UMIESUEstudio 2014