June 23, 2015

makaroni goreng



dua hari sebelum masuknya ramadhan mr.hubby request utk buat makan-makan sikit utk staf di opis.
so aku decide utk buat makaroni goreng jer...
simple dan mudah.,

kalau nak resepi, check it out :

Bahan-bahan : 

sebungkus makaroni - aku guna tube san remo 500g
sekeping daging kisar - 200g, aku guna brand ramly
bawang putih 3 ulas
2 s/b sos cili
2 s/b sos tomato
2 s/b kicap masin
2 s/b kicap manis
2 s/b cili kisar - resepi cili kisar
5 batang sosej
3 sudu besar mix vege

minyak 2 s/b


cara merebus makaroni :
panaskan air dalam rice cooker
masukkan 1 s/k herba parsley , garam, minyak
apabila air mendidih, masukkan semua makaroni ke dalam air
masak selama 20 minit @ hingga lembut
angkat, lalukan bawah air, dan tos


cara menyediakan makaroni goreng :
tumis bawang hingga garing
masukkan daging masak sehingga daging benar2 masak
masukkan sosej
masukkan cili kisar
apabila cili sudah masak, masukkan semua sos dan kicap
tuangkan makaroni dan mix vege
gaul semua hingga sebati
siap !


2 comments:

Lynn Huraiza said...

tmbh cheese dan bakar...mesti lagi umppphhh...

Cnidaria said...

ha ah kan lynn .. nnt cuba mcm tu pulak. hehe. tq 4 the idea :-)

click for $$$$

Daisypath Anniversary tickers
Designed by UMIESUEstudio 2014