July 25, 2016

Resepi Nasi Tomato , ayam masak merah dan acar timun

dah banyak hari mengidam nak makan nasik tomato yang sedap...
yang cukup semua rasa...
yg ada rs minyak sapi..
yg ada rs tomato nya...
yg ada bau wangi pandan nya...

tp nak cari masa utk dpt mood memasak tu becinta betul !

finally, dtg jugak mood nya.
alhamdulillah..









RESEPI NASI TOMATO

Bahan-bahan
2 1/2 cawan beras biasa- dibersih dan ditoskan (Kalau guna beras basmathi rendam selama 20minit dan toskan)
3 cawan air
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar tomato puri

Bahan untuk menumis
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 cm kulit kayu manis
1 labu bawang besar - dicincang
2 ulas bawang putih - di hiris
1 inci halia - di hiris nipis
2 helai daun pandan - di simpul
garam secukup rasa

Cara memasak :
1. Cairkan minyak sapi diatas api yang sederhana dan tumiskan rempah-rempah selama 2 minit.
2. Seterusnya masukkan bahan yang di hiris dan kacau hingga berbau wangi.
3. Kecilkan api dan masukkan beras. Kacau rata-rata selama 1 hingga 2 minit.
4. Seterusnya masukkan air, susu cair, tomato puri, simpulan daun pandan dan garam secukup rasa.
5. Pindahkan periuk ke dalam periuk nasi elektrik dan masak seperti biasa.






RESEPI ACAR TIMUN

Bahan bahan:
Timun
Karot
Tomato
Cili merah
Bawang besar
2 sudu besar cuka makan
1 sudu kecil gula pasir
secubit garam


Masukkan cuka, gula dan garam dan dikacau hingga hancur. Masukkan bawang besar yang dihiris, cili merah dan karot yang dihiris halus. Akhir sekali masukkan timun dan sesuaikan rasa.



AYAM MASAK MERAH

Bahan A
1/2 ekor ayam - di potong kecil
garam dan kunyit secukupnya - untuk menggoreng ayam
2 batang serai - di ketuk
1 labu bawang besar - di potong bulat

Bahan B - Dikisar
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
10 tangkai cili kering - di rebus hingga lembut dan toskan
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram

Cara memasak
1. Gaul ayam bersama garam dan kunyit. Goreng hingga keemasa dan ketepikan seketika.
2. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar hingga berbau wangi serta masukkan serai serta bawang besar.
3. Perasakan dengan garam dan gula kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi serta gaul rata. 




click for $$$$

Daisypath Anniversary tickers
Designed by UMIESUEstudio 2014